Hosting Unlimited Indonesia

13 Jan 2011

Sahabat Sejati


Teman akan memberi mu senyuman
Tapi sahabat memberi mu kebahagiaan

Teman akan memberi mu serangkai mawar
Tapi sahabat memberi mu setangkai melati

Teman akan menikam mu dari belakang
Tapi sahabat akan menampar mu dari depan

Teman akan menceritakan mu yang tidak benar tentang diri mu
Tapi sahabat akan tutup mulut dengan kesalahan mu

Teman hanya menerima kelebihan mu
Tapi sahabat akan menerima kekurangan mu

1000 teman datang saat kamu tertawa

Tapi seorang sahabat akan datang saat kamu berderai air mata
Hiasilah kehidupan ini dengan senyuman kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sediakanlah waktu tertawa kerana tertawa itu musiknya jiwa,
sediakanlah waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
sediakanlah waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
sediakanlah waktu untuk bersenda karena bersenda itu akan membuat muda selalu dan
sediakanlah waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.***

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”  (H.R al-Hakim)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar Anda membuatku lebih semangat.
Syukron ^_^